Tuesday 6 March 2012

Laporan Aktiviti Sukan-Bola Sepak

LAPORAN  AKTIVITI  SUKAN
SK TAMAN MOLEK

Nama Guru Pelatih : IKMAL HIJAZ BIN MUBARAK
Jenis persatuan/Sukan/Unit beruniform : BOLA SEPAK
Tugas : JURULATIH BOLA SEPAK SK TAMAN MOLEK
Tarikh : 18/2/2012                                         Masa : 7.30 – 10.00 PAGI
Nama Guru Penasihat Gerko : EN. SUMARDI BIN LAMAT
Bilangan Murid : 24 ORANG MURID

Aktiviti / kemahiran yang dijalankan (kepimpinan, pengurusan, kejurulatihan & Kepegawaian) :

Pada hari Sabtu 18/2/2012 telah dijalankan latihan bola sepak bagi murid SK Taman Molek sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Bola Sepak peringkat Zon yang akan diadakan tidak lama lagi. Seramai 5 orang guru terlibat sebagai jurulatih bagi melatih pemain. Latihan yang diadakan meliputi latihan kecergasan (fitness), kemahiran (skill) dan kerja berpasukan (teamwork). Semua pemain diwajibkan menjalani latihan kecergasan kerana kecergasan adalah nadi dalam permainan bola sepak. Setelah selesai menjalani latihan kecergasan, pemain didedahkan dengan latihan kemahiran asas seperti cara sepakan yang betul, kawalan bola dan cara tandukan yang betul. Akhir sekali, pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan kemudian bermain bola sepak. Jurulatih setiasa memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pemain.

Refleksi :

Seawal pagi apabila tiba di padang sekolah saya dapati murid-murid telah tiba dengan penuh semangat bagi menjalani latihan. Sepanjang latihan berjalan, murid-murid memberikan sepenuh komitmen membuatkan para jurulatih juga bertambah semangat. Secara keseluruhan, latihan berjalan dengan lancar.

Aspek bimbingan oleh Guru Penasihat / Guru Pembimbing / Pensyarah Pembimbing :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………



……………………………………………                                                   ……………………………………………………
Tandatangan Guru Pelatih                                                   Tandatangan Guru penasihat /    
                                                                                                       Guru Pembimbing /
                                                                                                        Pensyarah Pembimbing.

No comments:

Post a Comment