Monday 13 February 2012

Jurnal Minggu 1


Penulisan Jurnal Minggu 1  (30/01/2012 hingga 03/02/2012)


 Isu dan Masalah
Walaupun sekolah telah bermula hampir sebulan, namun masih ada ibubapa yang terpaksa menunggu anak mereka di  luar kelas. Ibu kepada murid terpaksa  menunggu sehingga  sesi pembelajaran bermula. Ada beberapa murid yang menangis jika ibu atau bapanya  ingin pulang.

Analisis


Saya terfikir mengapa perkara ini berlaku, adakah murid ini terlalu lama dimanjakan oleh ibu bapa mereka ataupun adakah murid ini berasa tidak selesa atau takut dengan guru yang garang di sekolah. Saya berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku di sekolah dengan sikap ibu bapa yang terlalu menjaga anaknya dan juga  sikap setengah guru-guru yang terlalu garang terhadap murid tahun satu yang baru mengenali dunia pembelajaran di sekolah.

 
Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai seorang guru yang perihatin seharusnya menunjukkan reaksi wajah yang disukai oleh murid tahun satu.Bukanya wajah bengis dan tengkingan tanpa member amaran terlebih dahulu. Pendekatan psikologi kepada murid harus dilakukan bagi memudahkan pengurusan pembelajaran. Slogan “mesra tetapi tegas” mesti ada diri setiap guru terutamanya guru-guru tahun satu. Selain dari itu juga ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak guru dan pengurusan sekolah untuk mendidik anak mereka, kerjasama antara kedua belah pihak amat perlu bagi menjamin proses pembelajaran berjalan dengan jayanya.

 
Tempuh Masa

Masalah ini telah pun dapat diselesaikan  dengan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Murid dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran  dengan sempurna.

 Penilaian Kejayaan

Melalui pengamatan saya, guru-guru terlalu garang dan ibu bapa yang terlalu memanjakan anaknya merupakan dua perkara utama yang menyebabkan mereka sering menangis dan takut untuk ke sekolah. Mereka seharusnya dihampiri dan didekati dengan kasih sayang dan juga teguran sekiranya melakukan kesalahan.

Tindakan Susulan
Sebagai seorang guru yang kurang berpengalaman, saya akan pastikan setiap gerak geri saya disenangi oleh semua pelajar. Ini adalah penting sebagai langkah mendekatkan diri dengan murid supaya lebih mudah menerima isi pelajaran yang diajar. Namun begitu panduan dan amaran perlu dilakukan sekiranyanya murid melakukan sesuatu perkara  yang salah. Pendekatan psikologi adalah perlu bagi menangani masalah pelajar, ini bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dingini berlaku, kerana murid perlukan kasih sayang dan perhatian bukannya teguran yang tidak membina


No comments:

Post a Comment