Monday 13 February 2012

Laporan Kokurikulum



LAPORAN  AKTIVITI  KOKURIKULUM
SK TAMAN MOLEK

Nama Guru Pelatih : IKMAL HIJAZ BIN MUBARAK
Jenis Aktiviti : KEM BESTARI SOLAT
Tugas : FASILITATOR
Tarikh : 11/2/2012                                         Masa : 3.00 – 5.30 PETANG
Penyelaras Program : USTAZ SYUKRI BIN SENIN
Bilangan Murid : 240 ORANG

Aktiviti / kemahiran yang dijalankan (kepimpinan, pengurusan, kejurulatihan & Kepegawaian) :

Di dalam Kem Bestari Solat tahun 1 ini, saya dan guru-guru lain telah merancang dan memberi pelbagai idea bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Sebagai seorang fasilitator, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Saya telah memberi bimbingan dengan menunjukkan cara mengambil wudu’ dan solat secara teori dan amali. Penggunaan carta bergambar juga digunakan bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari teknik berwudu’ dan solat yang betul.

Refleksi :

Kem Bestari Solat ini adalah yang pertama kali diadakan untuk pelajar tahun satu 2012. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dari sudut penyediaan peralatan yang masih ditahap kurang memuaskan. Berlaku beberapa kesilapan kecil seperti modul bagi teori wudu’ lambat disiapkan, tetapi masalah tersebut dapat diatasi dengan menggunakan kreativiti guru. Secara keseluruhan, alhamdulillah program ini berjalan lancar dan hampir seratus peratus murid dapat menguasainya. Saya berasa amat gembira kerana murid-murid dapat memahami dan menguasai apa yang telah dipelajari di dalam program ini.

No comments:

Post a Comment