Tuesday 14 February 2012

Laporan Aktiviti Sukan-Bola Sepak



LAPORAN  AKTIVITI  SUKAN
SK TAMAN MOLEK

Nama Guru Pelatih : IKMAL HIJAZ BIN MUBARAK
Jenis persatuan/Sukan/Unit beruniform : BOLA SEPAK
Tugas : PANEL PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK SK TAMAN MOLEK
Tarikh : 5/2/2012                                           Masa : 7.30 – 10.00 PAGI
Nama Guru Penasihat Gerko : EN. SUMARDI BIN LAMAT
Bilangan Murid : 43 ORANG MURID

Aktiviti / kemahiran yang dijalankan (kepimpinan, pengurusan, kejurulatihan & Kepegawaian) :

Pada hari Ahad 5/2/2012 telah diadakan sesi pemilihan pemain bola sepak bagi murid-murid SK Taman Molek untuk mewakili sekolah untuk Pertandingan Bola Sepak peringkat zon dalam daerah Pasir Gudang. Seramai 43 orang murid telah hadir untuk menunjukkan bakat mereka. Setelah diteliti dari segenap aspek, panel pemilihan pemain yang juga diketuai oleh ketua jurulatih bola sepak telah memilih seramai 23 orang pemain yang telah disenarai pendek dan akan menjalani latihan selama 6 minggu sebelum pertandingan peringkat zon bermula. Latihan akan diadakan pada setiap hari Ahad dan hari-hari lain jika terdapat kelapangan masa.

Refleksi :

Saya berasa bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang panel pemilihan pemain bagi acara bola sepak. Sepanjang sesi pemilihan berjalan, saya dapati murid-murid amat bersemangat, serta bersungguh-sungguh menunjukkan bakat mereka dalam usaha supaya terpilih untuk mewakili sekolah. Saya yakin jika para pemain menunjukkan disiplin serta komitmen yang tinggi, pasukan SK Taman Molek boleh menjuarai kejuaraan tersebut. Ini kerana SK Taman Molek telah beberapa kali mencipta sejarah sebagai juara peringkat zon dan merupakan salah sebuah yang mempunyai rekod yang baik dalam acara bola sepak.

Aspek bimbingan oleh Guru Penasihat / Guru Pembimbing / Pensyarah Pembimbing :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………



……………………………………………                                                   ……………………………………………………
Tandatangan Guru Pelatih                                                   Tandatangan Guru penasihat /     
                                                                                                       Guru Pembimbing /
                                                                                                        Pensyarah Pembimbing.






No comments:

Post a Comment